Selasa, 10 Ogos 2010

ANTARA SYUKUR DAN RAHMAT

Sempat juga aku duduk lepak di Restoran Syed malam tadi dengan Mamat dan Upin. Disebabkan dah lama tak jumpa maka berjela-jelalah sikit ceritanya. Selain bertanya khabar dipanjangkan juga oleh cerita semasa. Esok lusa dah start berpuasa tetapi masing-masing mengeluh sakan. "Pening kepala dengan nak Raya ni!!!" resah Upin yang duduk di sebelah, "Apa hal?" sahut aku selamba. "Tak masyuk!!! Boss suruh ke sana kita ke sana, boss suruh ke sini kita ke sini, apa saja nampak alright semua dah buat tapi itulah, tak masyuk-masyuk," ketawa besar aku dan Mamat. "Engkau ni tak habis-habis cerita masyuk!!! puasa dulu!!! babe.., apa yang ada tu Alhamdulillah le..." he!he!he!... gelak Upin. "Bukan apa, acah aje tu..."
"Inilah nasib pejuang yang tak bernama, mai lah ribut taufan macam mana sekalipun yang guarantee tak goyah," eh! eh! kau ke situ pulak. "Patut kita bersyukur, tak jadi macam PENANG, nak berniaga Ramadhan pun dah jadi cacarmarba. Tahun ni, DBKL nampaknya lebih OK!!!! Tak ada lagi demonstrasi tak puas hati tentang pembahagian tapak Bazaar Ramadhan," ia juga si Mamat mencelah. "Yang best tu, kita di sini berebut-berebut nak buat deposit akhirat, betui tak!!!" sambung aku lagi. "Hebat juga Melayu KL ni..." sampuk Mamat dengan muka sepuluh sen.
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

1 ulasan:

  1. Tentang bazar Ramadhan tu tak boleh buat apa lah. Tempatnya ada 2-3 ribu, yang apply nya 20-30 ribu. Bila dah abut undi tu, itulah yang paling adil DBKL boleh buat. Kalau nak ikut stayle dulu, kuota ketua bahagian lah, kuota ketua wanita lah, kuota ketua pemuda lah, kuota ayahanda pekida lah, kuota pengerusi penjaja inilah itulah, apa lah, mampus lah rakyat. last-last bila UMNo melingkup, padan lah muka semua ni tak tahu nak berhidup.

    Baguslah sang algojo seorang ahli UMNO yg dah sedar keperluan menghadkan pemberian pada ahli-ahli. Masalahnya kebanyakan yg lain tak puas hati, masih mahu lesen free, benda free. Melingkup!

    BalasPadam