Selasa, 27 Julai 2010

AIR TENANG JANGAN DISANGKA....................

Beberapa hari ini persekitaran lembah nampaknya begitu tenang. Kawan-kawan masih lena di dalam sedar. Apa yang hendak diheran, masing-masing sibuk dengan hal yang ada. Bukan mudah untuk hidup di tengah-tengah metropolitan, "survival dulu, bro...". Kepesatan yang membangun amat membinggungkan.

Singgah aku untuk minum di warung rindu Taman Angkasa. Sempat aku berseloroh tentang Melayu pada anak buah, dia tercenggang. "Gua tak tahu nak jawab!!!" dengan muka yang keliru. "Melayu itu, engkau! awaklah!" jerit aku dengan ketawa besar. Bermain difikiran, apa nak jadi dengan 7 juta pengundi muda ni?

"Tak lama lagi, warung yang di sepanjang kiri kanan jalan akan dipindah tempat," katanya, "Dah bersediakah mereka ini?" Cerita politik di lembah ini tidaklah serancak mana. Orang banyak hanya tunggu dan lihat, memperhitungkan apa yang akan menguntungkan dia orang. Kalau dicongak politik, YB wakil rakyat tak lah sebanyak dan sekerap program sebagaimana Dato Raja Nong Chik, menteri wilayah dan orang sini bunyinya, tapi selera orang sini ke arah mana??? Khabarnya mereka berdualah yang akan bertarung di PRU13.

Yang bestnya lagi satu isu sensasi baru timbul, di dalam cool, kini tengah tunggu, siapakah yang akan tertunggeng? Ini syioknya gelora politik. Kata sahibul hikayat, PKR sedang berkeceramuk pada masa ini, sampai ada yang kata dah tak sabar nak "tunggu 26 September!!!," apa itu 26 September??? Aku dah tak boleh compute....... Tunggu!!!...

Rabu, 7 Julai 2010

KAMPUNG BARU OH KAMPUNG BARU !!!...

Kalau Dato' Raja nak main politik selamat, buat apa disentuh Kampung Baru. Bagi DS Najib pula tidak ada tergesaan di dalam membangunkan daerah ini. Suasana dan persekitaran yang sibuk tapi tenang mengapa perlu dikocak? Tengok, apa dah jadi? Kelam-kabut halnya, diasak bagai nak rak siang dan malam.

Melayu Oh Melayu, mampukah lagi untuk kita berkhayal di dalam mimpi-mimpi yang indah? Lebih mengerikan kalau ditokok pula dengan angan-angan yang tak sudah. Pijaklah di bumi nyata!!!

Kampung Baru adalah satu fenomena yang perlu diteliti. Perlu didiagnos. Oleh sebab dah lama maka proses ini tidaklah semudah sebagaimana yang dijangkakan.

Seorang pakar mungkin tidak mencukupi malah kita memerlukan sekumpulan pakar atau lebih dari itu dengan pelbagai cara. Usaha ini mesti berterusan sehingga diketemukan jawapannya. Apa yang hendak dikalut?

Maka, adakah berdosa benar DS Najib dan Dato' Raja di dalam pencarian antidot ini?