Jumaat, 27 Ogos 2010

CINTA ALLAH & SAYANG UMAT

Daripada Amirul Mukminin Umar bin Al-Khatab ra, beliau berkata apabila masuk bulan Ramadhan, Marhaban (selamat datang) kepada bulan kebaikan kesemuanya, puasa dan berdiri malamnya, perbelanjaan yang dilakukan di dalam bulan itu seumpama perbelanjaan di jalan Allah swt.



............... waktu yang kita mengharap dan melahirkan kerahmatan Allah swt, meminta keampunanNya dan pelepasanNya dari api neraka. Kita hambaNya yang amat lemah...........


Khamis, 19 Ogos 2010

SINGGAH JENGOK.........

Apa yang menjadikan manusia itu maju ialah pemahamannya terhadap keadaan yang sentiasa berubah di sekelilingnya........           

Selasa, 10 Ogos 2010

ANTARA SYUKUR DAN RAHMAT

Sempat juga aku duduk lepak di Restoran Syed malam tadi dengan Mamat dan Upin. Disebabkan dah lama tak jumpa maka berjela-jelalah sikit ceritanya. Selain bertanya khabar dipanjangkan juga oleh cerita semasa. Esok lusa dah start berpuasa tetapi masing-masing mengeluh sakan. "Pening kepala dengan nak Raya ni!!!" resah Upin yang duduk di sebelah, "Apa hal?" sahut aku selamba. "Tak masyuk!!! Boss suruh ke sana kita ke sana, boss suruh ke sini kita ke sini, apa saja nampak alright semua dah buat tapi itulah, tak masyuk-masyuk," ketawa besar aku dan Mamat. "Engkau ni tak habis-habis cerita masyuk!!! puasa dulu!!! babe.., apa yang ada tu Alhamdulillah le..." he!he!he!... gelak Upin. "Bukan apa, acah aje tu..."
"Inilah nasib pejuang yang tak bernama, mai lah ribut taufan macam mana sekalipun yang guarantee tak goyah," eh! eh! kau ke situ pulak. "Patut kita bersyukur, tak jadi macam PENANG, nak berniaga Ramadhan pun dah jadi cacarmarba. Tahun ni, DBKL nampaknya lebih OK!!!! Tak ada lagi demonstrasi tak puas hati tentang pembahagian tapak Bazaar Ramadhan," ia juga si Mamat mencelah. "Yang best tu, kita di sini berebut-berebut nak buat deposit akhirat, betui tak!!!" sambung aku lagi. "Hebat juga Melayu KL ni..." sampuk Mamat dengan muka sepuluh sen.
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Sabtu, 7 Ogos 2010

MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!


Semperna bulan kemerdekaan, fikir!!! fikir!!! lah klise ini, dapatkah kita bebaskan minda, badan dan emosi daripada semua ancaman serta pengaruh yang kurang sihat.......